Thursday, October 25, 2007

Thursday, October 25, 2007 0
Spider - Katalis

Bagaimana bisa ku melupakanmu
Pemilik wajah yang meruntun di kalbu
Sekali tersenyum berzaman ku rindu
Dalam lena masih juga mimpikanmu

Semakin ku nafi semakin manjadi
Semakin ku lawan semakin tertawan
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata

Tiap nafas mengutus ghairah dan rindu
Mendesakku gadai maruah diriku
Haruskah ku tunduk mengalah padamu
Sedang cinta menuntutku mendugamu

Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap makna
Janjikan ku dapat biar kau ku rayu
Kerana hidup tak bermakna tanpamu

Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap makna
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata

Song




baru dari Spider...best!!

Song




huhu...

Wednesday, October 24, 2007

Wednesday, October 24, 2007 0
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh takbir pada Hari Raya antara terbenam matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya bermula pada pagi 1 Syawal.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
( ulang korus hingga akhir )
Di pagi raya, sebelum pergi solat sunat Aidilfitri,
kami masak sate pulak!! Sedapnye..... ;>
huhu...lemang tengah bakar..amik masa
lebih kurang 4 hingga 5 jam baru masak..

CARA TERBARU MENYEBARKAN HIV POSITIF

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya ...
Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.

Ianya pernah ke udara didalam Televisyen Thai dimana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati - hati.

Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih :

1). Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan dipantai sila pakai seliparsebab jarum yang ada HIV telah terdedah dan menimbus jarum penyuntik didalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2). Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak - kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsurkemudiannya didapati HIV positif.

3). Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yang anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi : " Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati - hati.

4). Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkanpenyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman ... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul - betul tempat mengembalikan wang syiling .... mungkin terdapat jarum penyuntik didalamnya.

P/S : Ini adalah nyawa anda. Jadi berhati - hatilah especially keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja ...
by: Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology School of Medical Sciences USM.
Abah aku sedang memasukkan daun pisang
ke dalam buluh lemang...
Proses membakar lemang....mula2,
bakar kayu2 ni smp jadi bara.. ; >

Sunday, October 21, 2007

Sunday, October 21, 2007 0
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin sy ucapkan kepada semua Muslimin dan muslimat di seluruh dunia...

Di sini sy ingin berkongsi pengalaman beraya bersama keluarga saya di Teluk Intan, Perak..
pengalaman ini sukar untuk dilupakan kerana ia amat berharga dalam hidup saya...

Gambar di sebelah - saya bersama abang dan abang ipar saya menyediakan tempat untuk membakar lemang.. tempat menggantung bunga mak saya dijadikn sebagai tempat membakar lemang..hehe..kreatif x??

Wednesday, October 3, 2007

9 sikap wanita yang disukai lelaki

Wednesday, October 3, 2007 0
Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.
Blog Widget by LinkWithin
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates