Monday, August 31, 2009

Wanita itu menangis..

Monday, August 31, 2009 0
Kelembutan hatinya membuatkn air matanya mengalir, walaupn ia hny sekadar mimpi namun ia bisa membuatkn hatinya trase pedih dan pilu. Nia sdar, btape sygnya die pd lelaki itu. Lelaki itulah yg dicintainya sepenuh hati..Walaupn mimpi hny mainan tdur, tetapi ia seperti realiti, seperti benar2 berlaku..Nia tidak bisa kehilangan lelaki yg bnama Iskandar itu. Lelaki itulah yg sentiase berada disisi dikala dia sunyi dan memerlukan seorg teman.Pada mlm itu Nia sujud kepada Allah memohon agar memberinya kekuatn utk menghadapi kehidupan yg pnuh dgn godaan dan menjauhkn segala perkara buruk agar tidak berlaku kpd org yg disayanginya..

Wanita Solehah

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Kamu jangan berkahwin dengan seorang perempuan kerana kecantikannya, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya. Jangan kamu berkahwin dengan perempuan kerana kekayaannya kerana kekayaan akan membuat derhaka. Kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya bahawa seorang perempuan pesuruh yang baik pengamalan agamanya adalah lebih baik dikahwini, sekalipun berkulit hitam dan cuping telinganya berlubang besar".

Madah Untuk Wanita Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan Wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan Wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya.

Daya penarik Wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.

Kepetahan Wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan Wanita cantik dengan
paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam.

Akal mengatakan Wanita cantik atas kemajuan
dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan Wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai Wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi.

Wahai Wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai Wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai Wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan
terpaut pada Wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Kerealitian dalam kehidupan

Hidup ini realiti, bkn fantasi.. khidupan yg realiti bermksd kt perlu menempuhi hidup ini tidak kr ape jua rintangn yg menghalang atau dgn kt lain kt perlu meneruskn khidupn walau ape pn yg berlaku di sekeliling kita. Dalam hidup, kt melalui pelbagai jenis perkara yg sntiasa melibatkn ht dan perasaan, contoh; kesedihan bl blakunya perpisahan. Jodoh pertemuan telah d ttpkn oleh Allah s.w.t. Kita merancang tp Tuhan yg menentukn. Setiap yg berlaku pasti ad hikmah d sebaliknya, jd kt mesti meneruskn kehidupn. Mengapa perlu menangisi dgn apa yg telah tjadi??

Tanggal 31, Bulan 8, 57..

Merdekakah kita pada hari ini?Atau adakah kita masih dijajah?Persoalan yg perlu kita fikirkan sebagai warga Malaysia. kita telah dijajah selama lbh 400 tahun..namun kita hny baru merdeka 52 tahun. Satu perbezaan yg sgt besar, jauh..oleh itu kita perlu mempertahankan kemerdekaan yg telah kt capai ini dr dijajah semula. Rakyat Malaysia perlu bersatu-padu, berpegang-teguh tanpa mengira bangsa dan keturunan untuk membina satu bangsa, satu Malaysia yg aman dan harmoni..
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg Ke-52
kepada semua rakyat Malaysia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Saturday, August 29, 2009

Wanita Islam..# antara fantasi & realiti??

Saturday, August 29, 2009 0
http://hfzkhazali.blogspot.com/2009/08/gambar-tiz-zaqyah-pelakon-nur-kasih.html

Kaum feminis mengatakan susah jadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan dibawah ini:
  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
  7. Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
  8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

makanya mereka memprotes untuk "MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM".

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)??

  1. Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan?Itulah bandingannya dgn seorg wanita.
  2. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
  3. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.
  4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid.
  5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
  6. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  7. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
  8. Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH...demikian sayangnya ALLAH pada wanita....kan?

http://id.wikipedia.org/wiki/Feminisme

My Happy Bear!!

My happy bear da nk pnuh...hehe..tgl bhgian kepale je blm pnuh.nnt leh simpan wit dlm asb.menyimpan tu kn bgs..utk ms hdpn..utk byr hutang ptptn..hehe..tp target ak nk bl rmh!!huhu..kete da ad..ckp la kete kelisa tu..nnt da ad rmh br bl civic plak!!haha..berangn..(bkn berangn la..tp impian..).pape pn yg pntg smpn duit dulu..same2 kt menabung ok??!!

Bell & Ross

Rase2 ori x?haha..gile nk bl ori, beribu mau..ni yg ciplak,lame da ak nk jam ni..ni br dpt.tp wpn ad jam, ttp tgk jam kt hp gak..sengal btl..huhu.

Sizzling mee??

td g buke kt tesco..mkn sizzling mee.lame da xmkn..tp xkenyang la..lapar da..hum..xpe2,nasi tomato ad,hehe.gmuk la cmni..(mmg da gmuk pn..haha).td buke ngn bong, dila n lyn..pastu jln2 kt tesco cr brg dapur.. --> sory, xd pic,lupe plak bwk camera..hihi..

Thursday, August 27, 2009

SLEEP!!

Thursday, August 27, 2009 1
skg ni tdur da cm jd hobi ak plak..xtau la np,asyk ngntk je mate ni..haha..brg je trus tdur, cm nobita plak.hum..xbgs tul,da la bulan pose.xelok tdur slalu..kurg pahale..hehe.
Keje puny la byk, asgmnt bderet tgu giliran nk d siapkn.hum..tp sem ni mmg plik2 asgmnt yg dpt..byk theory pn ad..byk yg kn d bc. ad st asgmnt ni kn construct soalan n buat jwpn skali. pastu kn ikt criteria soaln gak la..ak rs la lect ni nk gn wt soaln final kot..hehe..
ad gak asgmnt kn wt proposal utk projek.kn bc st artikel 14 m/s.n kalo nk lbh fhm kn tgk full version kt tenet pjg mmg la GILE pjg..209 m/s...tp da nm asgmnt..utk degree plak tu.so kn la buat xkr ssh cmne pn..esk ad test BENT 3213, subjek yg byk tuto,homework,asgmnt(yg kn reke soaln tu), mcm2 lg la..tp ak xphm pn ape yg ak blaja ngn subjek ni...huhu..hancur la esk..cmne la nk jwb soaln..da2...jm study!!

Wednesday, August 26, 2009

Industrial Training

Wednesday, August 26, 2009 0
mn nk cr yea?
ssh gak nk cr tmpt LI ni..
hum...kilang da byk ttp,
byk respon dr kdai komp je..
keje kdai komp ok tp cm bosan je.
nk gak merase LI kt kilang ke,
ad gak experience br..

Tuesday, August 25, 2009

Test Microcontroller

Tuesday, August 25, 2009 0
Nampaknye xdpt score test ni...coding ape nth ak buat..cmfrm slh.ak bab coding ni mmg masalah besar la..kureng tul..byk hafal je..hum..tension!maybe dpt 10/17 je.

Keberkatan Bersahur

BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur.

Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud: “Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat”.Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: “Makan sahurlah pada akhir malam”Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat. Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:

  1. Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah;
  2. Untuk membezakan antara puasa yang dijalankan dengan puasa ahlil kitab. Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang bersumber daripada Amru Ibnu bahawa sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahlil kitab ialah pada makan sahurnya."
  3. Untuk membantu puasa itu sendiri seperti dijelaskan hadis yang bersumber daripada Ibnu Abbas dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: “Mintalah bantuan makan sahur untuk mengatasi puasa pada siang hari. Dan mintalah bantuan istirahat sebentar pada siang hari agar kuat menjalani ibadah pada malam harinya.

”Dianjurkan bersahur bukan bererti makan sebanyak-banyaknya. Apa yang penting untuk mendapatkan fadilat serta sunnahnya, walaupun dengan makan sedikit. Dalam hadis Jabir ditegaskan bahawa Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang akan puasa hendaklah dia makan sahur, sekali pun hanya sedikit.”

Ulama turut membahaskan bilakah waktu yang paling afdal untuk bersahur.Daripada hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa adalah lebih afdal melewat-lewatkan sahur hingga betul-betul hampir masuk waktu fajar.Imam al-Baihaqi melalui sanad sahih menyebut “adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad itu orang yang menyegerakan berbuka puasa dan melewat-lewatkan sahur.”

Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”Sebenarnya waktu bersahur itu adalah luas bermula dari waktu malam hari hingga masuk waktu fajar dan yang lebih afdal ialah ketika waktu Subuh hampir masuk.

Satu daripada amalan umat Islam di Malaysia ialah berhenti makan lebih kurang 10 minit sebelum azan Subuh yang disebut sebagai Imsak.Kebanyakan daripada kita cukup berhati-hati supaya tidak melewati waktu Imsak untuk memastikan tiada sisa makanan dalam mulut.

Berkaitan dengan waktu Imsak, sebenarnya ada satu hadis yang menunjukkan adanya amalan itu. Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”Hadis itu menjelaskan bahawa Nabi Muhammad berhenti makan sahur dalam kadar masa anggaran jika dibaca ayat-ayat al-Quran itu untuk 50 ayat.

Sunday, August 23, 2009

Selepas Kau Pergi

Sunday, August 23, 2009 0
Selepas kau pergi,
tinggallah disini kusendiri
Ku merasakan sesuatu,
yang t’lah hilang di dalam hidupku

Dalam lubuk hatimu,
ku yakin kau pun sebenarnya tak
inginkan lepas dariku,
tahukah kau kini ku terluka

[Reff]
Bantu aku, membencimu,
ku terlalu, mencintaimu,
dirimu begitu,
berarti untukku..

Kau telah mencinta,
dan dicintai kekasihmu,
ini tak adil bagiku,
hilanglah damba tinggallah hampa

[Reff]
[Interlude]
[Reff]

Lupakan ku, dalam tidurmu,
yang pernah, mencintaimu
kau memang tercipta,
bukanlah untukku

[#]La la, la la la, la…

Saturday, August 22, 2009

First Day Puasa..

Saturday, August 22, 2009 0
First day puase rs dahage n pnt gak la..tp ok la ngn cuace arini yg redup je..arini ak bbuke nasi kukus je.beli kt gerai bwh tu..cukupla tu..mls nk g bazar,nnt byk sgt plak mknan yg ak bl..hehe.ms yg tluang ak buat tuto 1 EMT.pastu xtau wtpe da..nk kuar ngn lyn cm mls je..hum...xd pe yg best arini..

RENUNGAN...

Renungan buat semua dan diri sendiri...
Pernah tak kita renungkan..betapa kita tak sanggup buat solat sunat tapi sanggup tak tidur malam untuk buat homework..Tahukah awak,Ibnu Sina..studinya disulami dengan zikrullah. Apabila terasa buntu segera bangkit dan solat dua rakaat minta petunjuk dari Allah. Kita?
Studi disulami dengan lagu2 lagha (tidak bermanfaat)… kononnya lebih mudah untuk masuk ke otak. Bila buntu,terasa otak sudah tepu,mulalah mencari hiburan atau paling kurang mengacau kawan.

Tapi bila ditanya,pandai berkata2. Jika belajar diniatkan kerana Allah,Insya Allah akan mendapat pahala. Agak2nya kerana Allah ke kita dengar lagu Metallica,Mariah Carey,DEWA,dan sebagainya? Atau kita niatkankerana Allah bila menatap majalah Mangga,KREKO,Gempak dan sebagainya?? Atau kerana Allah kah kita menonton Lord of the Ring, dan lain2???

Bila hati terasa gelap,sukar untuk menerima ilmu,mula bertanya sendiri…Apa SILAP aku? Solat tak pernah sampai habis waktu. Tak pernah aku berdating atau berkasih2an. Tapi SEDAR tak awak bahawa maksiat itu luas pengertiannya?

Mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah. Melihat orang lain buat maksiat juga ada sahamnya untuk kita. Apatah lagi bila tak menutup aurat dan tengok aurat orang lain…{majalah hiburan},macam manalah hati tak gelap…

Nak terima ilmu dunia pun terasa payah apatah lagi bila sentuh tentang akhirat. INGATLAH awak… matlamat kita bukan sekadar untuk jadi doktor atau engineer…tapi apa yang paling utama nak jadi Hamba Allah yang dipandangNya diakhirat kelak.

Siapakah yang akan membantu kita di padang Mahsyar nanti? Nak minta syafaat para artis ke? Saya takut Rasulullah tak pandang langsung kat kita. Nak kenal ikut tanda sujud pun,sujud tak pernah lama. Setakat cecah dahi kat sejadah,lebih kurang satu saat. Kalau ikut bekas wuduk pulak,wuduk tak pernah sempurna. Jadi kalau Rasulullah tak kenal,macam mana baginda nak mengaku yang kita ni umatnya? Apalah agaknya nasib kita yang bergelumang dengan dosa ni di hari Hisab nanti?

Takutnya…bila saya fikirkan,terasa nak berhenti belajar. Nak beribadat sahaja…tapi Rasulullah dah berpesan kita kena kejar ilmu dunia dan akhirat. Dengan ilmu kita boleh menguasai ekonomi yang diterajui kuffar. Dengan ilmu kita boleh terajui pimpinan negara. Kalau tanpa ilmu kita akan dipandang hina dan tidak berguna.

TAPI… kalau kita masih begini… agak2nya siapa yang rugi…?

Tuesday, August 18, 2009

Test EMT

Tuesday, August 18, 2009 0
Test EMT yg xbest..rs xpuas jwb soaln..nk kt sng, kalo stdy sng la.nk kt ssh xjugk..ak xtau ape yg ak blaja dlm subj EMT ni.ad nota pn kureng phm..ape la yg xkene yea?

Sunday, August 16, 2009

Terkini!! H1N1

Sunday, August 16, 2009 0
Diberitahu sehingga 16 Ogos 2009 jam 9.00 pagi terdapat seramai 213 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 lagi dirawat di ICU. Daripada 33 kes yang sedang menerima di Unit Rawatan Rapi, di dapati 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan. Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-
  1. Seorang kanak-kanak lelaki istimewa (Down’s Syndrome) berumur 6 tahun yang juga mengalami penyakit jantung berlubang, dimasukkan ke hospital pada 09.08.09 setelah mengalami simptom infuenza bermula sejak 06.08.09(2 hari), simptom termasuk kesukaran bernafas. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 09.08.09 dan kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 12.08.09. Kes ini meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan pneumonia with underlying Down’s Syndrome with AVSD and Pulmonary Hypertension.
  2. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun, dimasukkan ke hospital pada 01.08.2009 dengan simptom demam dan batuk 5 hari serta susah bernafas 1 hari sebelum dimasukkan ke hospital. Kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 03.08.09 dan rawatan antiviral telah dimulakan pada hari yang sama. Walaubagaimanpun kanak-kanak ini meninggal dunia pada 14.08.09 disebabkan severe pneumonia.
  3. Seorang lelaki berumur 50 tahun dimasukkan ke hospital pada 03.08.09 kerana mengalami demam, batuk dan sukar bernafas sejak 28.07.09. Dua hari sebelum dimasukkan ke hospital beliau juga mengalami muntah dan cirit birit. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 04.08.09 dan kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 06.08.09. Beliau walaubagaimanapun meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan oleh septicemia with severe pneumonia.

Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1), sila beri perhatian wajar atas perkara berikut:

  1. Menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.
  2. Mereka yang bersimptom influenza perlu memahami bahawa walaupun simptom yang dialami adalah ringan, virus H1N1 masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada dirumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.
  3. Walau bagaimanapun sekiranya mereka yang bersimptom perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mesti memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

  1. Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.
  2. Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).
  3. Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-­88810200 dan 03-­88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my/ dan http://h1n1.moh.gov.my/.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.
Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 16 Ogos 2009

Thursday, August 13, 2009

Demam..

Thursday, August 13, 2009 0
mm...cmne leh dmam ni.sbb seseme la ni..smp skt kepale.jngkt H1N1 ngn ifa kot..huhu..matila ak...xlart nk g kelas esk..pnt, bdn skt2..

Monday, August 10, 2009

Internet!!

Monday, August 10, 2009 0
akhirnye ad pn tenet kt umh sewe ak ni..hehe.ad tenet mcm2 leh buat..cr info pasl asgmnt pn sng.dpt la ak update blog ni tiap hr..huhu. tp xtau la nk ckp pasl ape..no idea.cm serabut je pale ni..ape yg d pk pn xtau..hehe..cm ni la bl ad kenangn yg xdpt d lupekn.kenangan terindah tp sume juz tgl knangn..hum..
Blog Widget by LinkWithin
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates