Saturday, August 22, 2009

RENUNGAN...

Saturday, August 22, 2009
Renungan buat semua dan diri sendiri...
Pernah tak kita renungkan..betapa kita tak sanggup buat solat sunat tapi sanggup tak tidur malam untuk buat homework..Tahukah awak,Ibnu Sina..studinya disulami dengan zikrullah. Apabila terasa buntu segera bangkit dan solat dua rakaat minta petunjuk dari Allah. Kita?
Studi disulami dengan lagu2 lagha (tidak bermanfaat)… kononnya lebih mudah untuk masuk ke otak. Bila buntu,terasa otak sudah tepu,mulalah mencari hiburan atau paling kurang mengacau kawan.

Tapi bila ditanya,pandai berkata2. Jika belajar diniatkan kerana Allah,Insya Allah akan mendapat pahala. Agak2nya kerana Allah ke kita dengar lagu Metallica,Mariah Carey,DEWA,dan sebagainya? Atau kita niatkankerana Allah bila menatap majalah Mangga,KREKO,Gempak dan sebagainya?? Atau kerana Allah kah kita menonton Lord of the Ring, dan lain2???

Bila hati terasa gelap,sukar untuk menerima ilmu,mula bertanya sendiri…Apa SILAP aku? Solat tak pernah sampai habis waktu. Tak pernah aku berdating atau berkasih2an. Tapi SEDAR tak awak bahawa maksiat itu luas pengertiannya?

Mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah. Melihat orang lain buat maksiat juga ada sahamnya untuk kita. Apatah lagi bila tak menutup aurat dan tengok aurat orang lain…{majalah hiburan},macam manalah hati tak gelap…

Nak terima ilmu dunia pun terasa payah apatah lagi bila sentuh tentang akhirat. INGATLAH awak… matlamat kita bukan sekadar untuk jadi doktor atau engineer…tapi apa yang paling utama nak jadi Hamba Allah yang dipandangNya diakhirat kelak.

Siapakah yang akan membantu kita di padang Mahsyar nanti? Nak minta syafaat para artis ke? Saya takut Rasulullah tak pandang langsung kat kita. Nak kenal ikut tanda sujud pun,sujud tak pernah lama. Setakat cecah dahi kat sejadah,lebih kurang satu saat. Kalau ikut bekas wuduk pulak,wuduk tak pernah sempurna. Jadi kalau Rasulullah tak kenal,macam mana baginda nak mengaku yang kita ni umatnya? Apalah agaknya nasib kita yang bergelumang dengan dosa ni di hari Hisab nanti?

Takutnya…bila saya fikirkan,terasa nak berhenti belajar. Nak beribadat sahaja…tapi Rasulullah dah berpesan kita kena kejar ilmu dunia dan akhirat. Dengan ilmu kita boleh menguasai ekonomi yang diterajui kuffar. Dengan ilmu kita boleh terajui pimpinan negara. Kalau tanpa ilmu kita akan dipandang hina dan tidak berguna.

TAPI… kalau kita masih begini… agak2nya siapa yang rugi…?

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates